Hubungan manusia memberikan suatu kelainan, itulah sebabnya kami bekerjasama dengan YALA’Tobi Gotfried, Pemilik Logos Beach Village, Greece
Anda ingin tingkatkan pendapatan dan berikan pengunjung anda pengalaman yang unik serta tidak dapat dilupakan? Melaburlah dalam khemah safari mewah dan pondok glamping untuk kembangkan bisnes anda serta jadikan tapak anda lain dari yang lain.
Glamping menawarkan sebuah pengalaman hampir dengan alam semula jadi namun masih mengekalkan keselesaan di rumah. Trend berterusan ini telah meletup dari Eropah dan sedang menguasai seluruh dunia. Sebuah trend yang tiba untuk kekal! Dengan kemudahan yang eksklusif, anda menawarkan pengalaman bertaraf 5 bintang yang dicari-cari oleh pengunjung anda.
Di YALA, kami menawarkan pondok kanvas mewah yang unik dan serba boleh di seluruh dunia. Kami tetapkan piawaian glamping dengan struktur dan reka bentuk inovatif, bahan yang tahan lama serta gaya dalaman yang unik yang pasti melengkapkan khemah anda secara bersesuaian. Pasukan jualan global kami yang berpengalaman akan memberikan sokongan dan nasihat yang bersesuaian serta dipercayai, merangkumi aspek khemah yang harus dipilih untuk tempat peranginan anda serta undang-undang dan peraturan tempatan.
Kami berbesar hati untuk membantu walaupun setelah sekian lama anda membeli pondok kanvas YALA anda. Bersama-sama anda, kami mencipta pengalaman glamping yang tidak dapat dilupakan.
Atau lihat khemah safari dan pondok glamping kami yang berdekatan serta rancang lawatan ke tapak perkhemahan bersama dengan pengedar atau agen tempatan.
Tonton video jenama kami »
(dalam Bahasa Inggeris)
Sila tinggalkan nama dan alamat emel anda
YALA telah diasaskan di Emmeloord, Netherlands dan merupakan pengeluar antarabangsa pondok kanvas glamping yang bergaya dan khemah safari.
Kami telah menetapkan satu piawaian baru dalam sektor perkhemahan mewah di seluruh dunia setelah berkecimpung dengan tapak perkhemahan, tempat peranginan dan agen pelancongan. Fokus kami terhadap inovasi bermaksud kami berada di barisan hadapan dalam bidang pembangunan dan reka bentuk, dan kami telah mengusahakan hampir lebih 7,920 projek di 53 negara sepanjang 11 tahun yang lalu.
Kami mempunyai 100 pekerja di seluruh dunia dan rangkaian jualan yang sedang meningkat di 39 negara. Kekal berhubung untuk mengetahui bagaimana pasukan kami dapat membantu anda.